Panasnya Hari Ini

Blok pembangkang Pas Masih Belum Jelas, Sukar Dinilai – Saifuddin

KUALA LUMPUR:Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa kesan penuh pembentukan blok pembangkang baharu oleh Pas hanya boleh dinilai selepas pengumuman rasmi mengenainya pada 16 Mac depan.

Ujarnya,selagi bentuk sebenar blok pembangkang oleh Pas tidak jelas, tiada penilaian tepat dapat diberikan.

“Walau bagaimanapun bagi Pakatan Harapan, kami tetap komited dalam usaha pakatan ini untuk menjadi kerajaan.

“Namun, sejauh mana bentuk kerjasama dengan blok baharu tersebut hanya boleh dibincangkan selepas bentuk blok itu jelas,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan blok baharu tersebut.

“Sepertimana kita lihat di Selangor, masih ada satu bentuk kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Pas.

“Jadi, bentuk kerjasama menjelang Pilihanraya Umum ke-14 hanya boleh diketahui selepas proses rundingan dibuat,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");