Panasnya Hari Ini

Blok Pembangkang: Tidak Beri Kesan Kepada Kekuatan UMNO

KUALA LUMPUR:Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan pembentukan blok pembangkang sama sekali tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN.

Malah ujarnya, pembentukan blok pembangkang itu juga masih belum diterima ramai oleh rakyat Malaysia.

“Blok pembangkang bukan ancaman besar kepada Umno, saya tidak nampak rakyat sudah bersedia untuk menerima acuan tersebut,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Tambahnya lagi, kewujudan blok pembangkang mencerminkan bahawa antara parti-parti pembangkang mempunyai agenda tersendiri terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke- 14 (PRU14).

“Blok pembangkang dilahirkan sebagai persedian mereka menghadapi PRU, tetapi saya yakin tidak akan menyusutkan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN,” katanya.

Beliau turut mengulas bahawa kerjasama terbaru Pas dengan parti Ikatan menerusi blok ketiga,tidak akan memberi kesan kepada kekuatan Umno.

“Pas boleh berkerjasama dengan Ikatan, itu hak mereka sepertimana mereka pernah melakukannya dengan DAP dan PKR sebelum ini,” ujarnya.

Pembangkang di Malaysia kini mempunyai dua blok iaitu menerusi Pakatan Harapan (DAP, Amanah, PKR), dan terbaru antara Pas dan Ikatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");