Isu Panas

BN akan terus hadapi segala rintangan

PASIR GUDANG – Keputusan Kabinet menamatkan perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) adalah tindakan tepat.

Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang, Normala Abdul Samad berkata, ia berikutan langkah mantan perdana menteri itu yang jelas menunjukkan beliau sudah tidak menyokong kerajaan.

“Kabinet adalah wakil yang dipilih rakyat, maka keputusan mereka menamatkan perkhidmatan Mahathir adalah bertepatan kerana beliau sudah tidak bersama kerajaan.

“Beliau bukan sahaja telah keluar Umno, malah turut jelas mahu menentang kerajaan dan ini dapat dilihat apabila beliau membawa Deklarasi Rakyat,” katanya selepas menyempurnakan Pameran Busana Muslimah negeri Johor di Pusat Bandar, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Busana Muslimah negeri, Rozita Mohd Sanusi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk pakatan baharu bagi menghadapi PRU14, Normala yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, walau apa pun berlaku, BN jelas pada matlamat penubuhannya.

“Kita akan fokus pada agenda kita untuk terus mendekati rakyat dan mendengar masalah mereka. Banyak mana parti sekalipun, kita kekal pada matlamat penubuhan BN.

“Ini kerana yang paling adalah mempertahankan kerajaan yang telah membina negara ini. Jadi, BN akan terus hadapi walau apa jua rintangan yang berlaku,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");