Panasnya Hari Ini

Bukan Gerakan Untuk Bebaskan Anwar- Muhyiddin

KUALA LUMPUR:Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan deklarasi yang dibuat bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan parti pembangkang hari ini mempunyai gerakan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujarnya, gabungan yang dinamakan Gerakan Selamatkan Malaysia ini adalah untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

“Saya hadir hari ini bukan atas dakwaan hendak membebaskan Anwar. Itu tidak ada kaitan dengan usaha kita hendak menyelamatkan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media Selamatkan Malaysia oleh Tun Dr. Mahathir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini hari ini memetik sumber MalaysiaGazette.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, semua pemimpin politik termasuk pembangkang sanggup mengetepikan fahaman politik masing-masing demi menyelamatkan negara.

Sementara itu menurut Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali penyatuan pelbagai pihak hari ini bukan kerana politik atau parti, tetapi disebabkan hendak memastikan negara berada dalam keadaan baik dan terjaga.

“Kita melihat Najib benar-benar gagal mentadbir kerajaan sejak dilantik sebagai Perdana Menteri tahun 2009,” katanya.

Tambahnya lagi, Gerakan Selamatkan Malaysia akan bertindak mengikut prosedur ke atas Najib agar beliau meletakkan jawatan dengan segera.

“Ini bukan pakatan pembangkang dengan UMNO atau Tun Mahathir, ini adalah gerakan rakyat yang mahu selamatkan negara ini dari pemimpin korup,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");