Sukan Hari Ini

Cabaran sengit!

Kuala Lumpur: Selepas tidak beraksi dua edisi kejohanan Seluruh England, bekas beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sudah bersedia untuk kembali menggegar gelanggang Barclaycard Arena, Birmingham.

Jelas Boon Heong, sama seperti edisi terdahulu yang disertainya dengan Kien Keat, kejohanan berprestij itu sememangnya menjanjikan saingan sengit.

“Bagi saya, Seluruh England kejohanan besar dan lawan kami sudah tentu semuanya sukar.

“Kami berdua hanya perlu melakukan persiapan rapi dan cuba beraksi pada tahap terbaik.

“Malah kami berdua memang tidak meletakkan sebarang sasaran tinggi,” katanya.

Pada pusingan pertama hari ini, Kien Keat-Boon Heong akan bertemu pasangan India Manu Attri-B Sumeeth Reddy.

Kien Keat-Boon Heong mempunyai sejarah gemilang pada saingan berprestij itu apabila pernah muncul juara pada 2007, setahun selepas memenangi pingat emas Sukan Asia 2006.

Mereka berpeluang mengulangi pencapaian sama pada 2011 tetapi sekadar muncul naib juara selepas tewas kepada gandingan Denmark Mathias Boe-Carsten Mogensen.

Akibat prestasi tidak menentu, Kien Keat mengambil keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2014 sebelum Boon Heong mengikut jejak langkah rakan sepasukannya itu tahun lalu.

Selepas berstatus pemain profesional, kedua-duanya mengambil keputusan bergandingan semula.

Sementara itu, beregu di bawah naungan BAM Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut turun pada pusingan pertama hari ini dengan bertemu wakil Thailand Bodin Issara-Nipitphon Puangpuapech.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");