Jenayah

Dalang curi kabel tumpas

Jelebu: Polis menumpaskan kegiatan curi kabel milik Telekom Malaysia (TM) di daerah ini selepas tertangkapnya empat lelaki dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang Durian, di sini, pada jam 11.45 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Superintendan Othman Basri berkata, empat suspek berusia 20 hingga 34 tahun ditahan ketika mengutip wayar yang disembunyikan di ladang terbabit.

Katanya, semua mereka pada Khamis lalu mencuri kabel di daerah ini dan menjadikan ladang di Jalan Simpang Durian-Manchis, di sini sebagai lokasi penyimpanan.

“Risikan dilakukan polis mendapati suspek menyembunyikan kabel dicuri menggunakan pelepah sawit.

“Apabila mahu mengutipnya semula malam semalam (kelmarin), anggota kami memberkas kesemua mereka,” katanya.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");