Panasnya Hari Ini

DAP Dijadikan Sasaran Serangan Sistematik Oleh Tentera Siber UMNO – Kit Siang

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, serangan yang bertali arus daripada tentera siber dan propaganda UMNO/Barisan Nasional (BN) terhadap parti itu adalah salah satu usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada memfokuskan isu yang melanda pemimpin negara.

Menyifatkan serangan daripada UMNO/BN itu adalah satu bentuk serangan yang sistematik, Kit Siang berkata, serangan ke atas DAP dapat dilihat apabila isu dan skandal kewangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Deklarasi Rakyat tidak lagi boleh ditutup.

“DAP kini dijadikan sasaran serangan sistematik oleh pemimpin, tentera siber dan propaganda UMNO/BN.

“Ia bermula dengan serangan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga diri saya,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Terdahulu, isu pembelian rumah banglo bernilai RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran oleh Lim Guan Eng telah menjadi tajuk utama berita sejak seminggu lalu.

Dalam masa yang sama, Kit Siang turut membidas kenyataan beberapa pihak yang cuba untuk menyamakan isu pembelian rumah itu seperti yang terjadi kepada bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo yang disabitkan dengan kesalahan rasuah berhubung pembelian sebuah rumah.

“Tidak ada sebarang asas dalam membuat perbandingan itu,”tegasnya.

Jelas Kit Siang, lelaki yang menjual dua lot tanah dan sebuah banglo pada harga RM3.5 juta kepada bekas menteri besar UMNO itu mengakui bahawa bimbang projek perumahannya di Selangor akan terjejas jika tidak berbuat demikian.

Berbeza dengan isu Guan Eng, pemilik banglo tersebut, Phang Li Koon menjual rumahnya secara rela membuat akuan bersumpah dan menafikan dirinya mempunyai urusan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang,kata Kit Siang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");