Panasnya Hari Ini

DAP Jangan Masuk Campur Urusan PAS!

KUALA LUMPUR: PAS memberi peringatan kepada bekas rakan sekutunya, DAP agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mencampuri urusan yang berkaitan dengan PAS.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, DAP tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan lanskap politik yang diatur dalam PAS.

“Kenapa nak masuk campur urusan PAS. Itu hal PAS. Bukan hal mereka (DAP).

“PAS bebas membuat pilihan untuk memilih kerjasama dengan mana-mana parti,”tegasnya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Anthony dalam satu kenyataan mendakwa, kenyataan PAS yang ingin membentuk blok parti pembangkang yang baharu dengan bekerjasama dengan sebuah parti politik membuktikan PAS tidak boleh bersendirian dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Tambah Anthony, PAS mungkin telah sedar kesilapan yang dilakukan oleh parti Islam itu apabila berpisah dengan Pakatan Rakyat sebelum ini dan terpaksa mencari sekutu baharu yang boleh memberi kelebihan kepada mereka.

Dalam masa yang sama, Khalil turut menyifatkan kenyataan Anthony itu berikutan DAP terdesak ke atas blok politik yang akan dibentuk oleh PAS.

“Mereka rasa ia satu ancaman kerana blok yang mahu dibentuk oleh PAS ini merupakan blok yang akan diterima oleh rakyat.

“Ia menunjukkan blok yang dibentuk DAP, PKR dan Parti Amanah Negara tersisih dan tidak mendapat tempat di hati rakyat,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");