Panasnya Hari Ini

DAP Jangan Politikkan Isu Dana Kepada NAAM

KUALA LUMPUR:Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan bahawa DAP sama sekali tidak wajar mempolitikkan isu dana RM19 juta kepada Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) baru-baru ini.

Tegasnya, dana tersebut yang bertujuan membantu melatih belia India mendapatkan kemahiran termasuk dalam bidang pertanian.

Ujarnya, DAP sebaliknya perlu melihat sumbangan parti itu terhadap masyarakat India serta golongan miskin di Selangor dan Pulau Pinang.

Tambahnya lagi, DAP disaran membangunkan projek perumahan mampu milik yang dijual di bawah harga pasaran secara besar-besaran untuk rakyat jika tidak berminat mengusahakan projek pertanian.

“Mereka hanya timbulkan persoalan mengapa projek ini dibuat dan ramai ahli MIC terbabit.

“Sepatutnya, DAP datang dan tengok hasilnya dari segi membantu golongan muda, berpendapatan rendah dan masyarakat India yang selama ini menganggap mereka terpinggir,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek perintis cili fertigasi pada Rabu.

Ujarnya lanjut, Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir pembangkang tidak mempunyai program sedemikian.

“Jika mereka fikir ada unsur penyalahgunaan kuasa atau sebagainya, boleh buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Biar pihak berkuasa yang tentukan, bukan wakil rakyat DAP,” katanya tampil membidas dakwaan Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, yang mempertikaikan dana RM19 juta diterima NAAM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");