Panasnya Hari Ini

Daripada Bergabung Dengan UMNO, Lebih Baik Bubar PAS

KUALA LUMPUR: Lebih baik PAS dibubarkan daripada bergabung dengan UMNO, tegas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus mengenai bahawa terdapat usaha-usaha untuk menggabungkan kedua-dua musuh tradisi itu selepas PAS dipinggir dari Pakatan Rakyat.

“Saya ingat kalau PAS bergabung dengan UMNO kita tak perlu lawan UMNO maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan UMNO, nak lawan siapa lagi?

“Jadi kalau PAS berkawan dengan UMNO, kita kena bubarlah,”ujarnya dalam satu temubual dengan portal berita MalaysiaKini.

Ujar bekas ADUN Jengka itu lagi, PAS akan terus menentang UMNO setiap kali pilihan raya diadakan.

“Sekarang ini PAS masih kekal bahawa kita lawan UMNO seperti mana di Kelantan yang mana hampir 80 hingga 90 peratus kerusi PAS kita lawan dengan UMNO.

“Realitinya, kami bertanding melawan UMNO pada setiap kali pilihan raya dan PAS tidak lawan MCA, MIC tetapi yang PAS lawan adalah UMNO dan ia kekal hingga sekarang,”tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, isu kerjasama yang sering dibangkitkan itu merupakan agenda media UMNO dan PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan parti yang didakwa mengamalkan rasuah itu.

Beliau turut menyifatkan isu kerjasama itu merupakan salah satu usaha menyelamatkan UMNO.

“Saya ingat ini semua agenda media UMNO, kita tahu UMNO sekarang tengah ‘lemas’ dan dia sangat mengharapkan PAS. Berapa kali dah UMNO datang minta kerjasama dengan PAS.

“PAS tak akan bekerjasama dengan UMNO kerana mereka ini mengamalkan rasuah. Rasuah teruk, negara teruk, ekonomi pun teruk, penyelewengan pun teruk,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");