Isu Panas

Dash tak langgar manifesto Pakatan

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan bahawa pembinaan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash) tidak melanggar manifesto Pakatan Harapan kerana ia bukan diluluskan oleh kerajaan Negeri.

Menurut beliau, pembinaan Dash telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada syarikat konsesi tersebut.

“Kita kena ingat ini, syarikat konsesi yang diberikan kelulusan oleh kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri. Kita hanya melihat kepada pembangunan lebuh raya.

“Bidang kuasa kerajaan negeri hanyalah untuk memberikan kebenaran mengikut jajaran yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke rumah Allahyarham Aminulrasyid Amzah di Shah Alam petang semalam.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada projek Lebuh raya Dash itu melanggar manifesto Pakatan di peringkat Kerajaan Persekutuan yang mahu memansuhkan tol.

Projek Lebuh Raya Dash dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan bermula pada Ogos ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");