Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat Adalah Kaedah Terbaik – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan Deklarasi Rakyat yang ditandatanganinya semalam merupakan kaedah yang terbaik di saat negara sedang berhadapan dengan krisis keyakinan yang amat teruk.

Katanya, beliau meletakkan harapan yang amat tinggi agar setiap warganegara Malaysia yang hadir pada majlis menandatangani deklarasi untuk membaca butiran deklarasi tersebut di Parlimen serta dewan-dewan undangan negeri.

“Ini amat penting kerana rakyat jelata secara menyeluruh harus memahami wadah perjuangan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin-pemimpin lain.

“Jangan layan serta tak perlu hirau dengan komen-komen dari pemimpin-pemimpin bangang UMNO yang mental ‘block’!”ujarnya menerusi catatan di Facebook miliknya.

Dalam masa yang sama, beliau mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen agar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dapat dilaksanakan dengan segera.

“Bolehkah Khairy Jamaluddin menjadi orang perantaraan untuk memaklumkan perkara ini pada Najib?.

“Pemimpin UMNO masakini cukup bangang! Mereka bercakap pasal amalan demokrasi kononnya. Tapi pemilihan UMNO tahun ini pun ditunda sehingga tahun 2018!”tegasnya.

Khairuddin turut berkata, pemimpin-pemimpin UMNO yang ada pada ketika ini tidak menghormati aspirasi serta kehendak rakyat Malaysia.

Ujarnya lagi, rakyat mempunyai hak untuk menzahirkan bantahan mahupun protes mereka terhadap mana-mana pemimpin korup.

“Iringan doa dari saya agar keseluruhan rakyat tanpa kira apa saja pemahaman ideologi politik, bangsa dan agama mestilah bersatu hati secara berkekalan untuk kita sama-sama lawan kemungkaran rasuah ataupun apa saja salahlaku di tanahair kita yang tercinta ini.

“Biarkan saja pemimpin-pemimpin UMNO yang bangang buat bising seorang diri kerana puak ini tidak mempunyai kredibiliti langsung di kalangan rakyat jelata.

“Mereka adalah pemimpin-pemimpin yang telah ditolak dan tidak dihormati lagi,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");