Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat: Ahmad Zahid Puji Sikap PAS

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji sikap PAS yang menolak Deklarasi Rakyat yang menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Kata Ahmad Zahid, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata deklarasi itu merupakan satu usaha yang sia-sia membuktikan PAS bersikap rasional dengan menolak budaya menyingkirkan pemimpin yang bercanggah dengan amalan demokrasi.

“Saya menyambut baik pandangan yang penuh integriti itu, yang membuktikan PAS bersikap rasional dengan menolak budaya memecat pemimpin yang bercanggah dengan demokrasi.

“Ini sejajar dengan kenyataan saya sebelum ini bahawa Perdana Menteri telah dipilih melalui sistem pilihanraya dan demokrasi yang sah,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Abdul Hadi semalam menyifatkan bahawa Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu usaha sia-sia memandangkan matlamatnya adalah untuk mendesak Najib meletakkan jawatan.

Abdul Hadi turut dilaporkan berkata, penyingkiran jawatan Perdana Menteri hanya boleh dicapai menerusi pilihanraya dan undi tidak percaya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid turut mendakwa bahawa Deklarasi Rakyat tidak mewakili rakyat, sebaliknya hanya satu usaha oleh sebilangan kecil pemimpin radikal.

“Janganlah kita terpedaya dan kelirukan rakyat, kononnya deklarasi ini mewakili majoriti masyarakat…walhal hanya didokong sebilangan kecil pemimpin radikal semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat sendiri,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");