Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat: DAP Dilihat Ada Agenda Tersendiri

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, DAP dilihat mempunyai agenda tersendiri apabila membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan Bernama, Mohd Ali berkata, beliau sangsi dengan kerjasama itu mampu membawa kebaikan kepada negara.

“Sehubungan itu, ahli UMNO dan rakyat tidak terpengaruh dengan gerakan DAP dan Tun Dr Mahathir, masih banyak tanda tanya mengapa DAP sanggup bekerjasama dengan Dr Mahathir yang sebelum ini mereka lihat sebagai musuh,”ujarnya.

Terdahulu, Tun Mahathir mengetuai satu kumpulan seramai 58 orang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.

Dalam masa yang sama, beliau turut melihat kerjasama yang dilakukan oleh Tun Mahathir dan penyokongnya lebih kepada memenuhi kehendak DAP.

“Perkara ini perlu ditolak kerana tindakan menyingkirkan Perdana Menteri tanpa melalui perundangan dan proses demokrasi adalah tidak sah.

“Sistem demokrasi harus dipertahankan, kerajaan dan Perdana Menteri dipilih menerusi peti undi bukan dengan cara penggulingan atau demonstrasi jalanan,”ujarnya.

Berikutan itu, beliau dan UMNO Bahagian Bukit Katil menyokong penuh kepimpinan Najib dan menolak gerakan DAP bersama Tun Mahathir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");