Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat: Dokumen Yang Tergesa-gesa

Gambar:- mStar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini menyifatkan bahawa Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh beberapa pihak merupakan satu dokumen yang tergesa-gesa.

Ujarnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pihak lain yang menandatangani deklarasi berkenaan juga merupakan ahli politik yang tidak jelas menggariskan tentang aspirasi rakyat.

Beliau berkata, deklarasi berkenaan yang telah diketuai oleh Tun Mahathir iaitu individu yang bertanggungjawab menghancurkan ekonomi negara dan mentadbir Malaysia melalui cara autokratik.

“Saya bersetuju bahawa Najib mesti berundur demi masa depan negara. Tetapi dalam usaha ini, kita tidak harus lupa bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini,” katanya, lapor mStar Online.

Tegasnya, tidak boleh dinafikan bahawa selama 22 tahun berkuasa, Tun Mahathir telah menggunakan undang-undang zalim kepada penentang dan pengkritiknya.

“Dr Mahathir memperkenalkan politik wang dalam Umno, mencabul badan kehakiman yang bebas dan menghalang kebebasan media,” kata Santiago.

Terdahulu, Tun Mahathir telah mengetuai kumpulan seramai 58 orang yang terdiri daripada bekas pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) menandatangani satu deklarasi yang menuntut agar Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");