Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat Ibarat ‘kudis kecil’- Ku Nan

KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan penganjuran Deklarasi Rakyat Jumaat lalu diibaratkannya sekadar ‘kudis kecil’.

Memetik sumber laporan Berita harian, ujarnya tindakan beberapa pemimpin UMNO menandatangani deklarasi itu tidak mampu mempengaruhi majoriti ahli UMNO untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.

Tambahnya lagi, UMNO juga tidak akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan pemimpinnya yang menandatangani Deklarasi Rakyat.

“Kenapa perlu ada mesyuarat tergempar. Untuk UMNO ini tidak akan mendatangkan apa-apa. Kita akan terus buat kerja kita seperti yang beri mandat oleh rakyat.

“Deklarasi ini juga tidak akan menjejaskan persediaan UMNO untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak,” katanya.

Pada Deklarasi rakyat tersebut, seramai 58 individu diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani Deklarasi Rakyat yang bertujuan menyingkirkan Najib selaku Perdana Menteri.

Deklarasi itu juga menyeru mana-mana pihak yang bersekongkol dengan Perdana Menteri supaya disingkirkan, memansuhkan undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi manusia dan memulihkan integriti institusi kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");