Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat : Ini Bukan Soal Saya Atau Mahathir

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali hari ini menegaskan bahawa kerjasama beliau dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Deklarasi Rakyat adalah berasaskan prinsip yang sama iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berikutan itu, beliau yang juga Menteri Besar Selangor menafikan bahawa kerjasama yang terjalin itu adalah bersifat peribadi walaupun mereka berdua mempunyai hubungan yang rapat dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.

Azmin juga tidak melupakan apa yang berlaku pada 1998 di mana bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau mengakui bahawa semua pihak yang terbabit dengan pemecatan itu perlu ‘meninggalkan’ episod tersebut.

“Saya bukan orang UMNO. Saya cuma bekerja dengan pemimpin kanan UMNO selama 13 tahun.

“Sudah tentu saya mempunyai hubungan peribadi dan rapat dengan Dr Mahathir. Namun ini bukan mengenai saya atau Dr Mahathir tetapi ini adalah untuk menyelamatkan negara ini,”ujarnya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kritikan yang dilontarkan kepada Tun Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang bagi menjatuhkan Najib.

Terdahulu, Tun Mahathir mengetuai kumpulan seramai 58 orang yang terdiri daripada bekas pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) menandatangani satu deklarasi yang menuntut agar Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");