Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat: Kenakan Tindakan Setimpal -UMNO Bera

KUALA LUMPUR: UMNO Bera hari ini menyarankan agar tindakan perlu diambil terhadap ahli UMNO yang telah memberikan sokongan kepada Deklarasi Rakyat.

Memetik laporan Sinar Harian, UMNO Bera dalam satu kenyataan berkata, pihak kerajaan juga perlu menarik balik jawatan kerajaan yang telah dilantik kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan itu juga, UMNO Bera menggesa agar tindakan disiplin turut dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

UMNO Bera turut melahirkan rasa kekesalan diatas tindakan Dr Mahathir, Muhyiddin dan bekas pemimpin UMNO lain yang dilihat bersekongkol dengan DAP, PKR serta segelintir Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Dengan melaungkan slogan ‘Selamatkan Malaysia’ dalam satu program yang dihadiri hanya kira-kira 50 orang berbanding keseluruhan 30 juta rakyat Malaysia, ia tidak lebih hanya satu lagi gerakan haram untuk mengganggu-gugat kestabilan negara dan politik tanah air.

“Ia sekali gus menjejaskan keharmonian rakyat berbilang kaum, UMNO Bera mengutuk sekeras-kerasnya sebarang cubaan kumpulan Dr Mahathir serta Lim Kit Siang untuk menggulingkan Perdana Menteri secara tidak sah,” kata kenyataan itu, lapor Sinar Harian.

UMNO Bera turut menegaskan bahawa tindakan bersekongkol dengan parti pembangkang juga dilihat sebagai satu pengistiharan perang terhadap UMNO dan keseluruhan ahlinya.

Dalam pada itu, mereka turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“UMNO Bera menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang dilantik berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");