Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat: “Pemimpin UMNO Jangan Jolok Sarang Tebuan”

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali memberi peringatan kepada pemimpin UMNO untuk tidak memanipulasikan isu kehadiran Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ke majlis Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Jelasnya, kehadiran Ibrahim yang turut dikenali sebagai Tok Him ke majlis tersebut hanya sebagai kapasiti individu dan bukannya mewakili Perkasa.

“Beliau hadir atas kapasiti individu, bukan mewakili Perkasa.

“Malah Tok Him tidak pun turunkan tandatangan dalam deklarasi itu,”memetik sumber Astro Awani semalam.

Ujarnya lagi, tindakan Tok Him yang berkecuali daripada menyertai Deklarasi itu untuk mengelak berlaku konflik dalaman antara ahli pertubuhan kerana menyedari masih ada yang setia mendukung kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, kehadirannya bersama beberapa individu penting dalam Perkasa ke majlis yang turut dihadiri pemimpin pembangkang itu telah mengakibatkan wujud dua kem berbeza dalam pertubuhan itu, iaitu penyokong Dr Mahathir dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ekoran itu, ada ahli UMNO di dalam Perkasa yang berang dan bertindak mengadakan sidang media mengumumkan keluar Perkasa serta memotong kad keahlian pertubuhan tersebut malah terdapat juga aduan daripada pemimpin Perkasa peringkat parlimen mengatakan ada pemimpin UMNO yang meminta mereka membubarkan Perkasa di parlimen masing-masing.

“Saya nak ingatkan pemimpin-pemimpin UMNO tersebut, jangan cuba hendak menjolokkan sarang tebuan.

“Perkasa tidak rugi apa-apa kerana tidak bertanding dalam pilihan raya, yang bertanding nanti siapa?” ujarnya.

Katanya, tindakan itu hanya mencetuskan perbalahan antara Perkasa dengan UMNO malah Perkasa banyak memberikan bantuan dalam memperkukuhkan sokongan Bumiputera dalam Piliha raya umum yang lalu.

Syed Hassan turut mengingatkan ahli Perkasa lain untuk tidak mengikut perasaan dan bertindak saling berbalas dendam.

“Saya ada terima panggilan daripada lebih kurang 27 Perkasa parlimen, memohon untuk membuat perkara sama, buat sidang media untuk umum keluar UMNO dan potong kad keahlian UMNO.

“Saya nasihatkan janganlah berbuat demikian kerana kalau betul nak keluar UMNO, buat elok-elok, hantar surat dan sebagainya,” jelasnya.

Ahli Perkasa juga diseru untuk kembali kepada asas perjuangan pertubuhan, iaitu mendukung isu mengenai hal ehwal Melayu dan Bumiputera, bukannya mana-mana pemimpin atau individu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");