Panasnya Hari Ini

Demokrasi Malaysia Semakin Merosot Dibawah Kepimpinan Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan bahawa demokrasi di Malaysia semakin merosot dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut membidas tindakan Najib yang didakwanya mengambil tindakan keras terhadap pihak yang tampil mengkritiknya.

“Di negara demokratik ini mana boleh buat demonstrasi jalanan.

“Hanya boleh demonstrasi dalam rumah, dan lambat laun dalam bilik tidur sahaja,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Beliau mengulas demikian ketika menjawab soalan sama ada gerakan tersebut mempertimbangkan langkah demonstrasi jalanan sebagai salah satu cara untuk mendesak Najib meletakkan jawatan.

Terdahulu Dr. Mahathir semasa mengalas jawatan sebagai Perdana Menteri dikenali dengan tindakan kerasnya terhadap demonstrasi, terutama terhadap gerakan reformasi.

Namun sikap itu semakin dilihat pudar, apabila beliau bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali tampil menyertai perhimpunan Bersih 4, tahun lalu.

Terdahulu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengetuai deklarasi yang disertai oleh bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini antara lain bertujuan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");