Panasnya Hari Ini

‘Dengan Dr Mahathir Pun Nak Takut’ – Azmin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyindir Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed yang mahu Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat dibawah Akta Hasutan.

Azmin menyifatkan tindakan yang ingin diambil itu menunjukkan Timbalan Menteri Dalam Negeri tersebut seolah-olah takut kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Kenapa dia (Tun Mahathir) nak kena tahan? Dengan Dr Mahathir pun nak takut,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Nur Jazlan menegaskan bahawa bekas Presiden UMNO itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan untuk bertindak ‘di luar jangkaan’ bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nur Jazlan turut dilaporkan berkata, polis akan menyiasat kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Tun Mahathir dan sekiranya hasil siasatan menunjukkan ianya melanggar undang-undang, maka tindakan sewajarnya akan diambil.

Dalam masa yang sama, Azmin turut mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menandatangani Deklarasi Rakyat.

Tengku Razaleigh sebelum ini telah menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri.

Azmin menyifatkan tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu bercanggah dengan sokongan yang pernah diberi oleh Tengku Razaleigh sebelum ini.

“Memang dia (Tengku Razaleigh) tak tandatangan pun sebab dia tandatangan Deklarasi Kelantan.

“Dia dah ‘u-turn’, nak buat macam mana,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");