Jenayah

Didakwa tipu dapatkan kerja di Kastam, Imigresen

KUALA LUMPUR – Seorang kerani insurans didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang eksekutif teknikal berkaitan mendapatkan kerja di Jabatan Kastam atau Imigresen, lima tahun lalu.

K Revathi, 30, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.

Wanita itu didakwa menipu S Pavithra, 26, dengan memperdayakan dan mendorong mangsa memasukkan wang tunai berjumlah RM1,400 ke dalam akaun CIMB tertuduh untuk tujuan membantu mangsa dan rakannya mendapatkan pekerjaan di Jabatan Kastam atau Imigresen.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di CIMB Jalan Tun Sambanthan, CIMB Suria KLCC dan CIMB Wisma Indah, Pudu, masing-masing pada 6.59 petang 2 Jun, 2.17 petang dan 4.40 petang pada 3 Jun 2011.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan bagaimanapun mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kerana penjamin tertuduh tidak hadir.

Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");