Sukan Hari Ini

Eagles mara separuh akhir

CRYSTAL Palace akhirnya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA setelah memperoleh dua gol pada saat-saat akhir perlawanan menentang Reading, awal pagi semalam.

Skuad Liga Perdana kendalian Alan Pardew yang sedang bergelut itu tampak akan menamatkan saingan untuk perlawanan ulangan berbaki satu minit pada suku akhir di Stadium Madejski.

Namun Yannick Bolasie mendapat penalti kontroversi pada minit ke-86 selepas terjatuh berikutan sedikit kekasaran dilakukan pertahanan Reading, Jake Cooper yang dibuang padang.

Pemain tengah Perancis, Yohan Cabaye mengambil sepakan berkenaan manakala Fraizer Campbell menambah gol kedua Palace pada penghujung permainan.

Persembahan baik skuad The Eagles membawa mereka ke kelompok empat pasukan terakhir pertama kali sejak 1995 apabila mereka ditewaskan Manchester United dalam perlawanan ulangan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");