Sukan Hari Ini

Empat Pasukan Gergasi EPL Dahagakan Kemenangan

EMPAT pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, iaitu Leicester City, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester City dahagakan kemenangan dalam perlawanan minggu ke-28 pada awal pagi Rabu dan awal pagi Khamis.

Kejutan berlaku apabila Leicester hanya mencatatkan skor berimbang dengan 2-2 ketika menentang West Bromwich Albion di kandang sendiri.

Sementara itu, Spurs, Arsenal dan Man City terpaksa menerima kekalahan, masing-masing di tangan West Ham United (0-1), Swansea City (1-2) dan Liverpool (0-3).

Bagaimanapun Spurs dan Arsenal akan bertemu di White Hart Lane pada Sabtu ini.

Bagi Leicester dan Man City, kedua-duanya akan bertemu dengan pasukan lawan yang di kedudukan tercorot, masing-masing dengan Watford dan Aston Villa.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");