Sukan Hari Ini

Fazrul ‘gelisah’ pertahan gelaran

Kuala Lumpur: Juara bertahan, Ahmad Fazrul Sham tidak menyembunyikan rasa gelisah apabila turun mempertahankan gelaran CP130 pada pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Kegelisahan ini turut dirasai barisan pelumba pasukannya Yamalube AHM yang menurunkannya untuk bergandingan dengan pelumba rookie Khairul Ikhwan Ajis yang baru berusia 17 tahun.

“Apabila saya diberitahu akan mempunyai dua pelumba dalam kategori CP130, saya berharap dapat bergandingan dengan pelumba berpengalaman untuk membantu mempertahankan gelaran.

“Turun ke litar sebagai juara bertahan bukan mudah kerana semua orang mahu menewaskan saya.

“Jika bergandingan dengan pelumba berpengalaman, kami mungkin mampu merancang strategi berkesan.

“Dalam sejarah 23 tahun penganjuran Cub Prix, tidak ramai yang mampu memenangi gelaran berturut-turut. Antara yang berjaya melakukannya ialah abang saya (Ahmad Fazli Sham) pada 2007 dan 2008 dan sebelum itu M Meganathan. Ini menunjukkan betapa sengitnya saingan di peringkat kebangsaan ini,” katanya.

Mengulas mengenai gandingan bersama Khairul Ikhwan, Fazrul bersedia menjadi mentor kepada pelumba rookie itu.

“Tidak diragui dia pelumba berbakat namun masih kekurangan pengalaman. Saya harap dia cepat belajar supaya kami mampu menjadi rakan sepasukan yang mantap dari setiap segi.”

Parkir dan masuk ke kejuaraan ini adalah percuma.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");