Sukan Hari Ini

Fazrul turun pertahan gelaran

JUARA bertahan, Ahmad Fazrul Sham tidak terlepas daripada perasaan gelisah menghadapi cabaran baharu apabila turun beraksi untuk mempertahankan gelaran dalam perlumbaan CP130 pada pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Selangor bermula hari ini.

“Turun ke litar sebagai juara bertahan bukan mudah memandangkan semua orang meletakkan saya sebagai sasaran yang perlu ditewaskan.

“Jika bergandingan dengan pelumba berpengalaman dan pantas, kami mampu merancang strategi berpasukan yang berkesan,” jelas Fazrul.

Mengulas gandingannya bersama Khairul Ikhwan, Fazrul bersedia jadi mentor kepada pelumba rookie tersebut.

Khairul mula menjinakkan diri dengan perlumbaan Cub Prix pada 2012 dan berjaya muncul naib juara kategori Wira pada tahun 2015. Tahun ini Khairul melangkau kelas CP115 untuk terus beraksi dalam kategori CP130.

“Saya faham keputusan dibuat demi masa depan pasukan. Tidak sepertimana rakan pelumba lain, saya jarang bergandingan dengan pelumba muda di dalam satu pasukan, namun saya bersedia ambil tanggungjawab ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");