Sukan Hari Ini

Felda United tekad bangkit

FELDA United sudah melupakan detik hitam diaibkan PKNS FC 2-3 dalam Pusingan Ketiga Superbest Power Piala FA hujung minggu lalu dan kini tekad bangkit untuk meneruskan misi memburu mata penuh dalam aksi Liga Super 2016 menentang Pahang, malam ini.

Pengendali The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim berkata, meskipun bakal bertemu Pahang yang berada di kedudukan tercorot liga, namun Felda tidak akan mengambil mudah lawan tersebut.

“Felda akan memberikan seluruh tenaga dan komitmen bagi menyempurnakan misi untuk mendapatkan tiga mata penuh.

“Kita dah lupakan kekalahan dengan PKNS hujung minggu lalu. Walaupun skuad Tok Gajah hanya mempunyai satu mata namun saya sentiasa ingatkan pemain agar tidak ambil mudah terhadap perlawanan malam ini,” katanya.

Sementara itu, Irfan mendedahkan terdapat sedikit perubahan dalam jentera yang bakal dipertaruhkan untuk berentap di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

“Saya hanya pilih pemain yang beraksi cemerlang ketika sesi latihan malah berharap kesalahan taktikal seperti pertemuan dengan PKNS tidak akan berulang.

“Susulan kecewa dengan aksi longlai pemain baharu dan simpanan, saya dah beri amaran kepada mereka untuk buktikan kemampuan dan mempamerkan prestasi terbaik pada saingan akan datang,” katanya.

Irfan berkata, beliau turut menasihati anak didiknya supaya tidak terlalu yakin kerana dalam arena bola sepak segala kemungkinan boleh terjadi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");