Membawang Hari Ini

#FreeKesha: Penyanyi Kelly Clarkson diugut

PENYANYI Kelly Clarkson mengakui pernah diugut untuk bekerjasama dengan penerbit muzik yang dilaporkan terlibat dalam kes gangguan seksual dan keganasan terhadap penyanyi Kesha.

Clarkson berkata beliau dipaksa untuk berganding bahu dengan Lukasz Sebastian Gottwald untuk lagu ‘My Life Would Suck Without You’ pada tahun 2009.

Sebelum itu, mereka turut bekerjasama untuk lagu-lagu popular Clarkson seperti “Since U Been Gone” dan “Behind These Hazel Eyes”.

“Pihak RCA Records berkata mereka tidak akan menerbitkan album jika saya tidak melakukan ini (bekerja dengan Gottwald). Ia merupakan situasi yang sukar untuk saya dan saya cuba melakukan yang terbaik dalam situasi itu,” kata Clarkson kepada sebuah program radio di Australia.

Clarkson turut berkata Gottwald sebagai seseorang yang tidak jujur dan suka menipu.

“Saya senang bergaul dengan semua yang bekerja dengan saya. Namun beliau (Gottwald) bukan lelaki yang baik.

“Susah untuk bekerja dengan beliau dan beliau sering merendahkan martabat (artis),” kata Clarkson.

Namun, Clarkson menegaskan bahawa situasi beliau berbeza dengan pengalaman Kesha.

Pada Februari, keputusan mahkamah untuk tidak membebaskan penyanyi antarabangsa Kesha daripada kontraknya bersama sebuah label dibawah syarikat rakaman gergasi, Sony mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Ia berikutan kes mahkamah antara Kesha dan Gottwald atas kes gangguan fizikal dan seksual.

Hakim Shirley Kornreich berkata tiada cukup bukti perubatan dalam kes ini.-astro awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");