Panasnya Hari Ini

Gabenor Baharu Perlu Setanding Zeti – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Gabenor Bank Negara yang baharu mestilah setaraf dan setanding dengan gabenor yang ada pada ketika ini, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Terdahulu, Zeti akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Negara pada April hadapan.

Terdapat beberapa nama telah dicadangkan sebagai pengganti Zeti, tetapi nama Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Irwan Serigar antara yang disebut sebagai pengganti.

“Wall Street Journal (WSJ) kata Tan Sri Irwan Serigar. Ramai yang tak puas hati dengan tindakan itu. Saya tak mahu sebut sebab saya tak ada keistimewaan untuk sebut.

“Tapi pentingnya untuk ganti, kalau tak lebih baik, tapi sama tara dengan Zeti,”katanya, lapor MalaysiaKini.

Muhyiddin menegaskan, gabenor yang baharu mestilah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bank Negara institusi terpenting untuk mengawal sistem dan mengawal selia kewangan dan orang yang nak duduk di situ mesti orang yang sebaik mungkin, contohnya tidak ada kaitan dengan 1MDB.

“Saya tidak kata dia bersalah. Dan hal yang boleh menimbulkan syak wasangka, soal sistem perbankan mesti ada ‘trust’,’confident’, credibility’,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");