Sukan Hari Ini

Gegar litar Air Leleh

Kuantan: Pengalaman menjadi kelebihan Faizal Khadri apabila muncul juara kategori terbuka Motorcross Challenge di pusat Rekreasi Pantai Air Leleh, kelmarin.

Tempat kedua milik Kamli Tahir dan ketiga Ahmad Jofri Razali.

Kejohanan anjuran Kelab Otai 86 SMC Enterprise dengan kerjasama Kelab Motosikal Lasak Chini (KMLC) itu membabitkan tiga kategori iaitu cub cross, super cross dan terbuka.

Majlis perasmian kejohanan kali pertama itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Pahang, Datuk Abu Bakar Harun.

Turut hadir Presiden KMLC, Norhisham Omar.

Bagi Faizal, perlumbaan di atas litar berpasir lebih mencabar yang menguji kemahiran peserta dan jentera kerana sedikit kecuaian dilakukan akan mengundang kemalangan seperti terjatuh dan motosikal tidak dapat bergerak.

Katanya, lebih mencabar pada perlumbaan itu adalah pelepasan pelumba dilakukan di pesisir pantai, kawasan berpasir turut menyebabkan jentera tidak dapat bergerak dengan pantas apabila tayar tenggelam dalam pasir.

“Saya berpuas hati dengan kejayaan pertama tahun ini yang menjadi pembakar semangat untuk melakar lebih banyak kemenangan selepas ini terutama membabitkan pertandingan peringkat daerah dan negeri.

“Saya berharap pertandingan Motorcross Challenge di pusat Rekreasi Pantai Air Leleh dapat terus diadakan setiap tahun dalam usaha memberikan pengalaman baru kepada pelumba seterusnya dapat memperkenalkan kawasa perkelahan itu,” katanya.

Juara kategori cub cross milik Kamil Tahir, kedua Ahmad Jofri Razali dan ketiga Ramli Amirruddin. Bagi kategori super cross, tempat pertama berpihak kepada Faizal Khadri, naib juara Azizi Aziz dan ketiga Faizal Zin.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");