Panasnya Hari Ini

‘Gelombang Kecil’ Politik Terengganu Sudah Selesai

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi berhubung masalah politik yang meruncing di negeri itu baru-baru ini yang disifatkannya sudah selesai.

Beliau pada masa yang sama menggelarkan ia sebagai satu gelombang kecil,berkata usahanya kini adalah memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, turut meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung ketiadaannya dalam negeri bagi tempoh agak lama baru-baru ini.

“Saya tiada dalam negeri kerana terbabit dengan pelbagai komitmen termasuk ke Johor untuk Program Beautiful Terengganu selama lima hari dan pelbagai agenda lain di luar Terengganu.

“Mungkin ada provokasi untuk cuba menggagalkan usaha pembangunan negeri tetapi kita tak perlu layan sangat isu begini.

“Kita perlu terus pandang ke depan kerana keutamaannya adalah rakyat,” katanya selepas majlis makan malam Santai Menteri Besar Terengganu Bersama Media di Terengganu memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi, keadaan politik di Terengganu terkawal dan Barisan Nasional (BN) masih membentuk kerajaan.

Situasi politik di Terengganu dilihat meruncing apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada Sidang Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");