Panasnya Hari Ini

Guan Eng Akui Sukar Bekerjasama Dengan Tun M

KUALA LUMPUR: Mengakui bahawa sukar untuk bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, namun perkara itu merupakan satu keperluan untuk dilakukan,kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Terdahulu, Tun Mahathir mengetuai Deklarasi Rakyat bersama-sama hampir 50 bekas pemimpin kanan kerajaan, pembangkang dan NGO untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Guan Eng berkata, demi menjaga kepentingan negara, semua pihak perlu mengenepikan pandangan dan masalah peribadi.

“Saya fikir kita bersetuju mengenai deklarasi ‘Selamatkan Malaysia’. Jika anda ingin bercakap tentang perasaan peribadi dan penderitaan peribadi kita, saya fikir kisah itu tidak akan bermula.

“Jadi adakah kita lebih besar daripada negara kita? Saya rasa itu adalah soalan yang kita mesti tanya. Jika kita rasa kita lebih besar daripada negara kita, maka tiada apa yang akan berlaku,”katanya, lapor mStar.

Ujarnya lagi, rakyat perlu sama-sama berbincang demi masa depan negara dalam melangkah menuju ke arah negara maju.

“Jika anda berpegang kepada status quo, ringgit dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan terus menyebabkan penderitaan kepada ramai orang.

“Jadi ‘Selamatkan Malaysia’ perlu diberi perhatian serius,”ujarnya.

Guan Eng turut berkata, tidak timbul soal kepercayaan diantara penandatangan deklarasi tersebut.

“Kita bercakap mengenai naratif cerita ini terlebih dahulu sebelum kita bercakap mengenai kepercayaan.

“Kami bermula atas dasar ini dahulu. Kepercayaan mengambil masa untuk dibina. Kami tidak akan mengatakan tidak ada masalah akan timbul,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");