Panasnya Hari Ini

Guan Eng Jadi Mangsa Serangan Peribadi –Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan serangan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian rumah banglo bernilai RM2.8 juta itu adalah bersifat peribadi.

Kata Wan Azizah lagi, beliau juga tidak menolak tuduhan yang dilemparkan terhadap Guan Eng adalah sebagai serangan balas terhadap pemimpin pembangkang yang mendedahkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta derma RM2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ada juga unsur-unsur begitu (serangan peribadi) nampak seperti dia (Guan Eng) menjadi sasaran sebab bila kita (pembangkang) lihat apa yang berlaku kepada dana RM2.6 bilion dan 1MDB, bila masa kita buka mulut tentang itu, ada individu yang akan dipecat dan hadapi masalah.

“Saya rasa mereka mensasarkan pihak pembangkang kerana perkara ini (1MDB dan RM2.6 bilion) sering dibangkitkan oleh pembangkang,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Kata Ketua Pembangkang itu lagi, beliau menyambut baik kesediaan Guan Eng untuk memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjawab segala tuduhan yang dibuat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mendakwa bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah membeli harga rumah tersebut lebih rendah dari harga sebenar.

Katanya, Guan Eng telah membeli rumah tersebut dengan harga RM2.8 juta sedangkan harga pasaran rumah berkenaan sekitar RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Guan Eng bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa pembelian rumah itu dipersetujui rundingan terus dengan pemiliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");