Panasnya Hari Ini

Guan Eng Mahu Bersemuka Dengan Shabudin Berserta Bukti Dakwaan

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang mendakwa beliau membeli rumah bernilai RM2.8 juta yang mempunyai kaitan dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.

Berikutan itu, beliau mahu bersemuka dengan Shabudin di pejabatnya dan meminta agar Shabudin membawa sebarang bukti berhubung dengan dakwaan yang dilakukan.

Guan Eng ingin berjumpa dengan Shabudin pada hari Ahad jam 11 pagi secara bersendirian dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.

“Saya akan bersendirian. Saya harap dia boleh menunjukkan bukti dakwaan yang dibuat di Parlimen itu.

“Mari kita bercakap tentang fakta dan angka. Saya tiada apa yang hendak disembunyikan,”katanya, lapor mStar.

Guan Eng turut berkata, Shabudin mungkin membayangkan bahawa harga hartanah yang dibelinya adalah lebih rendah kerana mempunyai kaitan dengan penjualan tanah kerajaan negeri empat tahun lalu.

“Pemaju swasta memenangi bidaan dengan tender terbuka yang berdaya saing kerana ia memberikan harga terbaik dan tertinggi.

“Penjual rumah saya tidak terlibat dalam syarikat yang memenangi bidaan.

“Tambahan pula, jawatankuasa tender negeri tidak dipengerusikan oleh saya tetapi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,”tegasnya.

Jelasnya lagi, pembelian banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn tahun lalu dibuat atas urusniaga di antara beliau dengan penjual.

“Penjualnya adalah individu persendirian yang melalui sub-jualan dan terpulang kepada kedua-dua pihak untuk memutuskan harga,”jelasnya.

Terdahulu, Shabudin mempersoalkan pembelian rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn tahun lalu dimana beliau mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu membayar dengan harga RM2.8 juta berbanding dengan harga sebenar, RM6 juta.

Shabudin turut mendakwa, pemilik rumah itu mempunyai kaitan dengan pemegang saham Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC), yang telah membeli sebidang tanah seluas 0.45 hektar bernilai RM11 juta.

Jelas Shabudin, tanah tersebut pada asalnya diperuntukkan untuk membina perumahan kos rendah pada tahun 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");