Panasnya Hari Ini

Guan Eng Perlu Tampil Perjelas Isu Pembelian Banglo

KUALA LUMPUR:Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tampil menjawab tuduhan berhubung isu pembelian banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn di Pulau Pinag, sekiranya yakin beliau berada di pihak benar.

Ujarnya,Guan Eng tidak perlu terlalu ‘melodramatik’ dengan mengajak Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, bersemuka bagi menjelaskan isu berkenaan.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga perlu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap tuduhan itu dengan segera.

“Kalau benar tuduhan itu tidak berasas, Guan Eng patut meminta siasatan segera dijalankan seperti mana yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta SPRM menyiasatnya (berhubung tuduhan rasuah).

“Tindakan Guan Eng itu mahu bertemu Shabudin jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena,” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor meminta supaya pihak berkaitan termasuk SPRM menyiasat Guan Eng berhubung isu pembelian rumah bernombor 25 di Jalan Pinhorn Pulau Pinang yang didakwa dibeli pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Berikutan pendedahan itu, Guan Eng semalam bertindak mencabar Shabudin mengadakan pertemuan terbuka dengannya di KOMTAR jam 11 pagi esok, bagi membincangkan isu berkenaan dengan membawa bukti berkenaannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");