Membawang Hari Ini

‘Guru saya dah takda kat dunia. Dia dah hidup kat sana’

DUNIA seni tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 2.17 pagi tadi akibat daripada serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Adnan merupakan komposer bertanggungjawab menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan disebabkan oleh serangan penyakit yang dihidapinya itu.

Dalam pada itu, berita mengenai pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni melalui laman sosial masing-masing.

Bekas peserta program realiti Kilauan Emas musim kedua, Nassier Wahab melalui akaun Instagramnya melahirkan rasa sedih di atas pemergian komposer terkenal itu dengan memuat naik status berserta foto kenangan bersama Allahyarham.

“Perginya seorang Komposer…Dato Adnan Abu Hassan..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Aamiin,” tulisnya.

Selain daripada itu, Datuk Siti Nurhaliza yang juga merupakan antara anak didik Allahyarham turut tidak terkecuali meluahkan rasa sedih ekoran daripada berita pemergian komposer itu.

“Semoga Allah SWT menerima doa kita buat insan insan yang kita sayang..,” tulisnya.

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia, Mawi menyampaikan ucapan sedihnya dengan memuat naik status di Instagram, “Guru saya dah takde kat dunia. Dia dah hidup kat sana. Kita pulak menyusul esok lusa,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu pula menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham berikutan daripada pemergian komposer terkenal itu.

“Innalillahiwainnailaihiturjaun Alfatihah buat komposer terkenal Dato Adnan Abu Hassan yang telah pulang ke rahmatullah jam 2 pagi tadi di Hospital Selayang… Takziah buat keluarga beliau Semoga pemergiannya diiringi jutaan doa dan dicucuri rahmat ke atas nya Amin .. Wahai teman sahabat penggemarku marilah kita sama-sama sedekah al-Fatihah buat beliau di pagi Jumaat yang penuh barakah ini al-Fatihah….. #masidayu1001 #takziah,”tulisnya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor dan disembahyangkan di Masjid Al-Falah.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");