Panasnya Hari Ini

Halang Mat Sabu: Kerajaan Sarawak Ada Kuasa Mutlak

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak boleh persoalkan tindakan kerajaan Sarawak menghalang kemasukan Presiden parti AMANAH Negara, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berikutan ia adalah kuasa mutlak negeri tersebut.

Ujarnya,kerajaan Sarawak juga tidak perlu memaklumkan tindakan menghalang mana-mana individu daripada memasuki negeri itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Itu hak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Sarawak berhak untuk buat keputusan benarkan sesiapa masuk atau usir sesiapa dari Sarawak.

“Tak payah maklumkan KDN itu hak mereka… Jika Mat Sabu tidak diberi masuk maka tidak bolehlah,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Terdahulu, arahan tidak membenarkan Mat Sabu memasuki Sarawak dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Mat Sabu dilaporkan telah ditahan Imigresen sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Sibu dan diarahkan pulang semula menaiki pesawat yang sama.

Tindakan itu telah dikecam oleh pemimpin pembangkang dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tidak berbeza dengan pemimpin sebelumnya.

Ia juga disifatkan pihak pembangkang sebagai tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");