Panasnya Hari Ini

Hanya ‘Asam Garam’ Politik -Ahmad Razif

Gambar:- BH Online

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman beranggapan bahawa pergolakan yang berlaku di Terengganu merupakan ‘asam garam’ dalam politik.

Memetik laporan BH Online, beliau yang menyifatkan bahawa politik di Terengganu makin kukuh turut menyatakan keyakinan bahawa tidak akan berlaku kerajaan campuran atau pilihan raya negeri lebih awal di negeri itu.

Ujarnya, apa yang berlaku juga hanya sekadar tindak tanduk pihak tertentu yang mahu melihat pergolakan berlaku di Terengganu.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa sudah menerima sokongan menerusi akuan sumpah daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menunjukkan taat setia terhadap kepimpinan Menteri Besar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kesemua 15 ADUN BN juga sudah menandatangani akuan (sumpah) taat setia secara sukarela pada Presiden UMNO dan saya sendiri. Perakuan itu juga untuk pastikan tidak akan ada masalah politik di Terengganu.

“Apa yang sedang berlaku ini mungkin sengaja mahu mewujudkan satu prasangka, mungkin ada pihak berharap Terengganu boleh adakan pilihan raya lebih awal,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi temuramah khas di Balai Berita, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata, beliau telah memaklumkan permasalahan yang berlaku kepada Najib yang juga merupakan Presiden UMNO dan beliau telah diminta supaya meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar.

“Saya sudah beri penjelasan kepada Perdana Menteri dan beliau minta saya teruskan (bertugas). Insya-Allah, tidak ada pergolakan politik di Terengganu. Saya juga berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said, banyak jasa dia buat di negeri,” katanya.

Terdahulu, pada 8 Mac lalu, bekas Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Ahmad Razif pada persidangan DUN, bagaimanapun usul itu ditolak Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd Zubir Embong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");