Panasnya Hari Ini

Hanya Pemimpin ‘Material’ Akan Sokong Pemimpin Korup

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan hanya pemimpin yang meletakkan material sebagai kepentingan bangsa, agama serta tanah air sahaja yang boleh bertindak menyokong pemimpin ‘korup’.

Ujarnya, sesiapa sahaja yang berpegang secara kental kepada hukum-hakam agama Islam tidak mudah dibeli dengan wang ringgit untuk bersubahat dengan unsur-unsur salahlaku seseorang tokoh pemimpin yang tidak bermoral.

Beliau turut menyifatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai seorang yang lupa akan sejarah dengan terlalu cepat, malah imejnya di kacamata rakyat juga tidak bersih.

Tambahnya lagi, Adnan juga tidak mempunyai sikap mengenang budi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jangan risau kita sama-sama tengok apa penyudahnya pada manusia angkuh seperti beliau kelak.

“Sekiranya kita tak mampu untuk berbudi atau membalas budi memadailah dengan kita hanya mengenang budi,” katanya.

Beliau turut menasihat Adnan supaya tidak lupa daratan dan tidak terlalu riak serta takbur.

Sementara itu, Khairuddin turut menggesa dan mencabar supaya menunjukkan surat beranak kepada umum bagi membuktikan gelaran `Tengku’ yang digunakan itu bukan palsu.

“Apa nama kamu yang sebenarnya ketika belajar di sekolah dahulu Adnan Mansor. Bolehkah saya nak berjumpa dengan guru-guru serta guru besar ataupun kawan-kawan persekolahan kamu pada waktu itu. Bolehkah tengku palsu Adnan Mansor,” katanya.

Khairuddin turut mencabar mahu berjumpa dengan rakan sekolah Adnan sebagai usahanya untuk memastikan gelaran tengku itu telah digunakan sejak zaman sekolah lagi.

“Dia mungkin gila pangkat dan jawatan tetapi kami berpegang pada prinsip perjuangan yang luhur.

“Saya takut dan hanya taat pada Allah swt bukan takut pada manusia sesama manusia. Kalau Adnan Mansor nak buat kerja ataupun urusan haram di sisi agama Islam itu haknya,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");