Panasnya Hari Ini

Harap Najib Ambil Langkah Yang Sama Seperti Khairy – Syed Saddiq

Foto:-MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini memuji sikap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (SPRM) untuk menyiasat penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Khairy secara terbuka telah menjemput SPRM untuk meneliti isu yang berlaku dan tindakan beliau yang mencadangkan penubuhan panel khas ini menunjukkan ketelusan di dalam siasatan.

“RM100 juta yang diseleweng oleh mereka yang ‘gila duit’ sepatutnya disalurkan kepada golongan belia. Mereka yang bersalah harus diheret ke muka pengadilan,”ujarnya.

Katanya lagi, beliau amat mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengambil tindakan yang sama seperti Khairy.

“Saya cuma mengharapkan agar Datuk Seri Najib mengambil tindakan yang sama di dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

“Rasuah di Malaysia makin berleluasa. Berpuluh juta duit rakyat diseleweng.

“Peruntukan biasiswa dipotong. GST dikenakan, rakyat dibebankan. Ini perlu dihentikan,”tegasnya.

Terdahulu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suspek yang merupakan setiausaha bahagian di KBS menerima habuan keseluruhan sebanyak RM20 juta termasuk RM8.33 juta baki wang di dalam akaun miliknya yang kini dibekukan.

Selain itu, pihak SPRM turut menyita sebuah rumah banglo dan sebuah rumah teres selain daripada merampas 12 buah kenderaan mewah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");