Sukan Hari Ini

Harimau Kumbang belum panik

JURULATIH Pulau Pinang, Jacksen Tiago tidak panik walaupun pasukan kendaliannya tewas kali kedua, kali ini tunduk 1-3 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, malam kelmarin.

Tiago berkata, perjalanan masih lagi panjang dan skuad Harimau Kumbang tetap berpeluang untuk kembali memberi tentangan sebaik saingan liga bersambung, awal bulan depan.

“Kita masih ada baki 17 perlawanan dan saya rasa dalam pertandingan seperti ini macam-macam boleh berlaku. Beberapa hari lalu, Pulau Pinang berada di tangga kelima, namun selepas kekalahan malam ini (kelmarin) kita jatuh ke tempat ketujuh.

“Setiap kekalahan pasti ada tekanan, ada perasaan kecewa tetapi pasukan ini sebenarnya masih lagi boleh jadi pencabar. Saya tengok Kelantan main bagus tapi pemain kita juga ada karakter sama,” katanya.

Sehubungan itu, Tiago mahu memanfaatkan rehat tiga minggu dengan memperbaiki kelemahan pasukannya sebelum pertemuan menentang Sarawak, awal April nanti.

Mengulas kekalahan tersebut, Tiago memberitahu, pasukannya beraksi baik, namun dua kesilapan pemainnya membolehkan tuan rumah memperoleh dua jaringan mudah.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");