Panasnya Hari Ini

Hudud Tetap Jadi Keutamaan – Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR: PAS akan terus berjuang untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini walaupun selepas menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) baru-baru ini.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden IKATAN, Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir itu telah disalahtafsirkan oleh banyak pihak.

Jelasnya, kenyataan tersebut bukan bermaksud untuk tidak meneruskan agenda utama PAS itu, tetapi ianya perlu melalui proses kelulusan di Parlimen sebelum dikuatkuasakan di negara ini.

“Tan Sri (Abd Kadir), dia pun tidak cakap macam itu yang dia hendak tangguh, yang dia hendak cakap ialah undang-undang ini perlu diluluskan di Parlimen.

“Jadi yang hendak memutuskan ada atau tiada (hukum hudud), tunggulah Parlimen. Itu yang dia cakap,”ujarnya, memetik laporan Antarapos.

Mengulas lanjut, PAS dan IKATAN masih belum berbincang mengenai pelaksanaan hudud di negara ini.

“Kita baru dengan IKATAN, memang belum berbincang. Jadi sebab itulah, maka kita sebagai PAS memang tidak ada lagi perubahan dasar itu daripada tahun 90-an, kita sudah berpegang untuk melaksanakan hudud.

“Kita belum bincang secara lebih mendalam kerana sekretariat PAS dan IKATAN baru ditubuhkan,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, amat mustahil PAS akan ‘melupakan’ agenda hudud yang telah lama diperjuangkan oleh parti itu sehingga sanggup memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Ujarnya lagi, usul hudud kini sedang dibincang bersama jawatankuasa yang dilantik kerajaan untuk dibawa ke Parlimen dan Mahfodz turut mengakui ianya bukan satu perkara yang mudah.

“Kemudian sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, selepas itu ada tawaran daripada kerajaan pusat melalui Menteri agama itu (Datuk Seri Khir Jamil Baharom). Maka kita terima tawaran itu, dan berbincang jawatankuasa bersama antara kerajaan dan kerajaan (negeri).

“Jadi tak timbul hendak tangguh kerana kita sudah cuba hendak bawa ke Parlimen tapi belum diluluskan lagi.

“Dia ingat hari ini bentuk, dah hendak itu (laksana hudud), sedangkan ianya perlu disalurkan kepada jawatankuasa dan jawatankuasa negeri nampaknya belum membolehkan kita hendak laksanakan kerana ia perlu dibawa ke Parlimen,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");