Panasnya Hari Ini

‘Husam Patut Bertanding Jawatan Presiden PAS’ – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, mana-mana pemimpin parti itu yang berhasrat untuk menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden perlu bertanding untuk merebut jawatan tersebut pada muktamar yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas desakan ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang mendesak agar Abdul Hadi meletak jawatan.

“Saya tak suka sebut nama dalam kenyataan saya. Tapi dia (Husam) dulu bertanding naib, bermakna kalau dia menang jawatan tersebut sekali pun, presiden parti tetap Abdul Hadi.

“Begitu juga dengan Mohamad Sabu bertanding jawatan timbalan presiden tetapi katakanlah dia menang, presiden PAS tetap Abdul Hadi.

“Kalau dia (Husam) tak setuju dengan presiden, beliau sepatutnya bertanding jawatan presiden,”katanya, lapor MalaysiaKini.

Terdahulu, Husam mencadangkan agar Tuan Ibrahim mengambil alih kepimpinan parti manakala Abdul Hadi dicadangkan menjadi Mursyidul Am atau Timbalan Mursyidul Am.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, serangan kepada kepimpinan presiden tidak perlu ditimbulkan.

“Jadi tak timbul soal apabila kita kalah, kita kena serang presiden. Kerana kalau mereka menang sekali pun, mereka masih dan tetap berpayung dibawah pentadbiran presiden,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");