Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Ibu Bapa Mahu Salman Khan Fikir Soal Kahwin

KUALA LUMPUR:Ibu bapa kepada pelakon popular Bollywood, Salman Khan mengeluarkan arahan tegas supaya pelakon itu memberi perhatian terhadap soal perkahwinan apabila umurnya kini sudah mencecah 50 tahun.

Difahamkan keluarga aktor itu kini amat serius mengenai perkahwinan Salman dan berharap beliau tidak lagi cuba menggelak.

Menurut laman portal hiburan, ibu bapa Salman, Salim dan Salma Khan, menginginkan anak bujang mereka itu membuat keputusan mengenai mengahwini teman wanitanya, Iulia Vantur, dari Romania menjelang April ini dan tidak menangguhkannya lagi.

Salman dilaporkan pernah berkata, beliau belum bersedia mendirikan rumah tangga sebelum kes mahkamahnya selesai.

Biarpun kes pemburuan haram spesies rusa jarang ditemui masih belum selesai, penghakiman Disember mengenai kes langgar lari pada 2002 memberikan kelegaan kepada Salman.

Laman web berbahasa Inggeris, DNA, ketika itu mendakwa Salman bakal bergelar suami pada 2016.

“Setiap kali ibu bapanya menimbulkan soal kahwin, Salman akan mengelak dan bertanya, ‘Apa yang perlu saya beritahu kepada isteri saya jika mahkamah menghukum saya? Apa yang perlu beritahu kepada anak kami? Bapanya dalam penjara?.

“Kini keputusan mahkamah menyebelahinya, jalan terbuka luas untuk perkahwinannya,” memetik sumber berita harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");