Panasnya Hari Ini

IKATAN Jangan ‘Jaga Tepi Kain Orang’ – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi amaran kepada Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar tidak mencampuri urusan pihak lain.

Khairuddin berkata, jika Abdul Kadir ingin menubuhkan pakatan baharu dengan PAS dan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu adalah hak Presiden IKATAN, namun Abdul Kadir diminta agar tidak ‘menjaga tepi kain orang’.

“Tapi Abdul Kadir tolong jangan jaga tepi kain orang. Kami adalah kalangan berprinsip yang akan lawan segala bentuk rasuah serta penyelewengan habis-habisan di tanahair kita yang tercinta ini,”tegasnya menerusi catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Khairuddin berkata demikian dipercayai mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Kadir mengenai Deklarasi Rakyat.

Terdahulu, Abdul Kadir berkata, untuk menyingkirkan Perdana Menteri haruslah menunggu pilihanraya.

Dalam masa yang sama, Khairuddin turut menyindir parti IKATAN yang diterajui oleh bekas menteri itu.

“Tan Sri Abdul Kadir ni angan-angan mat jenin ke? Parti yang ditubuhkan itu pun tak ada sambutan. Cuba semua buat sedikit kajian dengan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) dan tengok berapa ramai ahli parti IKATAN ini.

“Secara jujur dan ikhlas saya nak sarankan kepada Abdul Kadir untuk buat kerja dia, cari ahli-ahli bagi ramai sikit dalam parti IKATAN,”sindir beliau.

Khairuddin turut berkata, gabungan blok pembangkang yang baharu di antara IKATAN dan PAS tidak memberi kesan pada Deklarasi Rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");