Panasnya Hari Ini

IKATAN Mahu Bantu PAS Ubah Persepsi Rakyat

KUALA LUMPUR:Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan kerjasama parti itu dengan PAS diharap dapat membantu mengubah persepsi masyarakat terhadap parti itu selain membuktikan PAS sebagai sebuah parti yang menghormati hak orang lain.

“Saya sendiri, telah rapat dengan PAS sejak keluar dari UMNO, saya telah ikut PAS, jelajah ke merata tempat. Malah, dengan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah saya berceramah.

“Pada awalnya ramai yang pujuk supaya sertai PAS, tetapi saya percaya kepada perjuangan UMNO dahulu. Iaitu negara ini kepunyaan rakyat,” ujarnya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, IKATAN akan membantu dan memberikan sokongan kepada PAS memandangkan parti Islam itu salah satu parti terbesar di Malaysia, selain UMNO.

“IKATAN sendiri, kami dilahirkan untuk generasi akan datang, bukan pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kalau kita ambil peluang untuk PRU akan datang, kita akan dilihat sebagai oportunis.

“InsyaAllah, kalau buat benda baik, tidak oportunis, rakyat akan faham dan pada waktu itu rakyat akan pilih kami,” jelasnya.

Tambahnya lagi tugas IKATAN adalah membantu PAS untuk memperbetulkan masalah persepsi yang melanda parti Islam berkenaan.

“Kalau orang bukan Melayu, Islam tahu apa yang dibawa oleh PAS sebenarnya, sepatutnya mereka lebih sokong PAS dari UMNO. Ini cuma masalah persepsi.

“Kami berharap, IKATAN dapat membantu PAS menukar persepsi yang salah. Supaya PAS dapat diterima oleh rakyat sebagai sebuah parti yang menghormati hak orang lain,” katanya.

Terdahulu, IKATAN yang menggunakan slogan ‘Bersatu Maju Adil Bahagia’ telah ditubuhkan pada Jun 2012 tetapi hanya dilulusan pendaftarannya pada Mei 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");