Panasnya Hari Ini

Integriti ‘Institusi’ Perlu Dipulihkan- Tun M

KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan deklarasi yang dipersetujuinya bersama pelbagai pihak antara langkah mendesak supaya pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan oleh ‘Najib’ dapat dilakukan.

Tegas Mahathir deklarasi itu juga bertujuan mendesak agar institusi yang telah dilemahkan dikembalikan kuasa mereka.

“Kita juga mahu pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia, dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

“Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih,” katanya.

Terdahulu, majlis menandatangani deklarasi itu telah disertai bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO).

Turut kelihatan, penasihat DAP Lim Kit Siang, bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mahathir turut disokong oleh 58 pemimpin dari pelbagai parti dan persatuan yang berkehendakkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

“Kami rakyat Malaysia bersetuju dan menyokong penyingkiran Datuk Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan. Selain, menyingkiran semua yang bersekongkol dengannya,” ujarnya dalam sidang media di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, hari ini memetik sumber Freemalaysiatoday.

Mahathir juga enggan menamakan calon kompromi yang dipersetujui untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri malah beliau menegaskan bahawa matlamat pada ketika ini hanyalah untuk menyingkir Najib.

Jelasnya, mereka yang hadir mewakili rakyat tanpa mengira agama, bangsa, dan parti menggesa agar semua undang-undang dan perjanjian baru yang melanggar hak asasi dimansuhkan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");