Panasnya Hari Ini

Integriti PAS Tercabar Selepas Bergabung Dengan IKATAN

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, integriti PAS tercabar selepas bergabung dan bekerjasama dengan Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bagi membentuk blok pembangkang yang baharu.

Katanya, langkah yang diambil oleh parti Islam itu memperlihatkan PAS berada dalam keadaan ‘putus asa’ sehingga sanggup ‘bergantung di dahan yang busuk dan reput’.

“Saya menyangka PAS akan bekerjasama dengan PERKASA, sebuah NGO berpengaruh besar pimpinan Datuk Ibrahim Ali yang walau apapun dikatakan orang tentangnya, tetapi tidak boleh dinafikan kalibernya yang sentiasa memeriahkan politik tanah air.

“Dengan (Tan Sri) Abdul Kadir (Sheikh Fadzir, Presiden IKATAN) menjuarai kerjasama dengan PAS, saya tidak fikir Ibrahim Ali akan bersedia menjadi ‘pak turut’,”katanya menerusi catatan di blog beliau, hari ini.

Katanya lagi, kubu kuat PAS di Kelantan mungkin akan tergugat dan akan membolehkan Parti Amanah Negara (AMANAH) lebih mudah untuk menang di negeri tersebut.

“Dari sebuah parti yang dianggap berwibawa, tiba-tiba PAS hilang identiti Islamnya yang menjadi kelebihan dan kekebalannya untuk membawa perpaduan Islam dan Melayu.

“Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bukan Anwar Ibrahim yang walaupun tercalar parah moralnya, tetapi masih mempunyai pengikut fanatik yang setia buta kepadanya,”ujarnya.

Kata Zainuddin lagi, tindakan PAS untuk bergabung dengan IKATAN tidak meninggalkan impak yang besar, sebaliknya memperkecilkan imej parti itu sebagai sebuah parti politik Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");