Membawang Hari Ini

Isu Keselamatan Punca Konsert Search 35 Tahun Ditunda

PETALING JAYA: Kumpulan Search terpaksa menunda Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka dekat sini pada 9 April depan.

Pihak penganjurnya iaitu Afjets Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan kepada mStar Online berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan dan keadaan persekitaran Stadium Merdeka yang ketika ini sedang dinaik taraf.

“Pihak penganjur dan Search memohon maaf di atas segala kesulitan dan berjanji akan memberikan yang terbaik bersempena menyambut ulang tahun ke-35 Search.

“Keputusan ini dibuat sepakat bersama kumpulan Search untuk menangguhkan konsert berkenaan ke tarikh lain kerana mengambil kira keselamatan para peminat yang bakal hadir nanti,” kata kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, pihak Afjets Sdn. Bhd. merancang memilih tarikh istimewa bersempena penubuhan Search yang akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, peminat yang sudah membuat pembelian tiket masih boleh menggunakannya disamping mendapat hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak penganjur dan kumpulan Search.

Terdahulu, kumpulan rock legenda itu menerima tajaan sebanyak RM2 juta daripada Afjets Sdn. Bhd. bagi menjayakan konsert yang diadakan bagi menghargai sokongan peminat Search selama lebih tiga dekad.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");