Panasnya Hari Ini

“Jangan Heret Saya Dalam Perkara Sia-Sia”- Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah enggan menyatakan pendiriannya dan sama sekali tidak mahu terlibat berhubung isu gesaan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Jangan heret saya dalam perkara sia-sia ini. Ini tak ada kepentingan pada negara,” kata ketika diminta menyatakan pendirian berhubung gesaan pemecatan dua pemimpin itu.

Beliau menegaskan bahawa tidak mahu terbabit dengan isu berkenaan dan menyifatkan perkara tersebut tidak mempunyai kepentingan kepada negara.

“Benda ni tak penting bagi saya, kita tengok apa Majlis Tertinggi UMNO nak buat. (Tapi) ini tak ada kena mengena dengan saya,” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, pelbagai pihak khususnya dalam kalangan MT UMNO telah menyatakan mahu mengusulkan supaya Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada parti kerana didakwa bersekongkol dengan pembangkang menerusi deklarasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Difaham, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata bahawa beliau tidak bimbang dengan desakan supaya beliau dipecat daripada Umno dan akan terus menghadiri jemputan daripada ahli-ahli parti untuk bercakap mengenai situasi politik semasa di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");